Pages

Wednesday, August 8, 2012

PENGALAMAN SEGENAP USIA : MENGUBAH DIMENSI KEHIDUPAN SEORANG PENGEMBARA


Assalamualaikum. Saya berasa terpanggil untuk bagi pandangan terhadap isu yang dibangkitkan (masalah adab, akhlak dan komunikasi mahasiswa FKMP UTHM). Saya seorang pelajar lepasan Diploma UTHM (06-09) dan InsyaAllah bakal lepasan Ijazah UTHM (09-12). Setelah lebih 6 tahun belajar di UTHM, izinkan saya berkongsi beberapa perkara dengan pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat sekalian. 

Ketika zaman diploma dulu, saya menghadapi masalah kurang kemahiran komunikasi dan berinteraksi secara profesional dengan pensyarah. Mungkin kerana kurangnya ilmu dan masih "kebudak-budakan"(kurang matang). Saya dapat rasakan yang sikap saya ketika itu agak "kekampungan". Contohnya "mengelak utk berselisihan dgn pensyarah," "suka duduk belakang dalam kelas", "xberani bersuara dalam kuliah", "suka cakap2 blkg klu ada yg tak puas hati dgn pensyarah", dan banyak lagi. Walaupun telah ada subjek-subjek yang mengajar tentang komunikasi dan pengurusan profesional. Saya masih gagal untuk mengaplikasikan dalam urusan pembelajaran harian.


Situasi ini sedikit berubah di peringkat ijazah, apabila saya telah menyertai sebuah organisasi di UTHM dan memainkan "peranan utama" dalam organisasi tersebut. Peranan dan tanggungjawab di dalam organisasi ini mengajar saya untuk berurusan secara profesional. Pengalaman ini sangat membantu saya untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kemahiran berkomunikasi dan pengurusan organisasi. Ilmu organisasi ini juga dapat saya aplikasikan dalam menguruskan tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah. Tidak dinafikan juga perubahan ini berkaitan dengan peningkatan umur, tetapi pengalaman organisasi boleh mempercepatkan pembentukan peribadi saya. Walaupun banyak lagi kelemahan yang perlu saya perbaiki, tetapi saya dapat rasakan "medan" organisasi ini sangat-sangat membantu untuk membentuk keperibadian pelajar agar lebih berani, berakhlak dan profesional.


Saya juga ingin memberi beberapa pandangan dari kaca mata seorang "student" untuk diketengahkan dan diteruskan(jika telahpun dirancang) oleh pihak pengurusan fakulti bagi mengurangkan masalah ini:
1-Wujudkan konsep "1 mahasiswa 1 organisasi bersama pensyarah" supaya pelajar diberi medan khusus untuk aktif dan meningkatkan kemahiran insaniah mereka dengan dibimbing oleh pensyarah. Matlamatnya difokuskan kepada pembangunan insaniah pelajar dan tidak terlalu memfokuskan untuk "mencari nama".
2-Pendidikan berterusan di bilik kuliah dengan penekanan terhadap pembentukkan sikap pelajar dengan kaedah yang lebih "friendly" dan tidak terlalu "menyalahkan" pelajar. Pelajar akan sayang dan suka pada pensyarah yang mesra dengan mereka (secara profesional). Pelajar juga akan "mark" pensyarah yang suka "blame" mereka. Bersangka baiklah terhadap pelajar dan tegur kami dengan kasih sayang. Bukan dengan tujuan untuk mencari salah dan menyalahkan. Lihatlah kami dengan potensi yang kami ada. Bangunkan kemampuan kami dengan memberi rangsangan yang positif.
3-Adakan perhimpunan bulanan fakulti (pernah dibuat) di mana dekan akan berucap memberi motivasi dan rangsangan kepada pelajar supaya terus berusaha untuk berjaya. Di samping itu juga, selitkan beberapa nasihat dan ingatan tentang solat, akhlak serta pergaulan bebas antara mahasiswa. InsyaAllah penerapan unsur yang baik akan membuahkan hasil yang baik.


Sekian dahulu pandangan saya. Ampun dan maaf dipinta jika terdapat kekurangan dalam komen saya ini. Saya masih belajar dan akan terus belajar untuk menjadi lebih baik. Teguran dan pandangan pensyarah dan rakan-rakan amat saya hargai. Terima kasih. Salam Lailatul Qadar. ♥ FKMP | ♥ UTHM.



2 comments:

  1. Sgt bermanfaat tuan. Setuju dgn pendapat tuan, KI dpt membentuk keperibadian seseorang spy lebih berakhlak & berilmu. Ilmu Allah itu luas, terpulang kpd hamba Nya utk berusaha mencari & menggali ilmu serta menggunakan ilmu trsbt demi kebaikan sejagat.

    ReplyDelete