Pages

Wednesday, September 7, 2011

Sifat Lelaki Yang Tidak Disukai Perempuan

Lelaki adalah insan yang akan berperanan sebagai seorang ketua apabila mereka berumah tangga kelak. Peranan ini cukup besar dalam memacu kehidupan sesebuah keluarga sama ada ke arah keredhaan ataupun kemurkaan Allah. Segala-galanya terletak pada kekuatan kepimpinan seorang lelaki dan dibantu oleh ketenangan dan kecerdikan seorang isteri. Namun, sebelum membina mahligai rumah tangga, persediaan perlu dibina baik daripada segi rohani mahupun jasmani. Hajat untuk berumah tangga memerlukan perancangan yang realistik dan mantap terutama melibatkan hala tuju kehidupan selepas selesai melafazkan akad nikah. Atas dasar itu, sedikit ilmu ingin dikongsikan kepada semua pembaca tentang keperluan sebagai seorang LELAKI untuk membentuk jati diri dan karakter yang berketrampilan agar mereka sentiasa disanjung dan dihargai oleh wanita-wanita yang solehah.


Pertama: Tidak Mempunyai Matlamat Hidup

Setiap kaum wanita merindukan suami yang mempunyai matlamat hidup yang jelas. Bahawa hidup ini diciptakan bukan semata untuk hidup. Melainkan ada tujuan mulia. Dalam pembukaan surah An Nisa’ ayat 1, Allah swt. Berfirman yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Dalam ayat ini Allah dengan tegas menjelaskan bahawa tujuan hidup berumah tangga adalah untuk bertakwa kepada Allah. Takwa dalam erti bersungguh-sungguh mentaati-Nya. Apa yang Allah haramkan benar-benar dijauhi. Dan apa yang Allah perintahkan benar-benar ditaati.


Namun banyak yang terjadi sekarang, adalah banyak kaum lelaki atau para suami yang menyembunyikan maksiat. Isteri tidak dianggap penting. Dosa demi dosa diperbuat di luar rumah dengan tanpa merasa takut kepada Allah. Ingat bahawa setiap dosa pasti ada balasannya. Jika tidak di dunia pasti di akhirat. Sungguh banyak rumah tangga yang hancur kerana keberanian para suami melakukan dosa. Padahal dalam masalah perkahwinan Nabi saw. bersabda:

Pernikahan adalah separuh agama, maka bertakwalah pada separuh yang tersisa.


Kedua: Kasar

Dalam sebuah riwayat mengaatakan bahawa wanita diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Oleh sebab itu Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa wanita kalau terlalu dipaksa, tulung rusuk itu akan patah. Kalau dibiarkan pula akan terus membengkok. Dari sini jelaslah bahawa kaum wanita mempunyai sifat ingin selalui dilindungi. Bukan diperlakukan secara kasar. Oleh itu Allah memerintahkan para suami secara khusus agar mendidik dan melayan isteri dengan lemah lembut. Allah Ta'ala berfirman di dalam surah Annisa' ayat 19 yang bermaksud:

"dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik."

Perhatikan ayat ini yang menggambarkan sikap seorang suami yang baik bukan yang bersikap kasar, melainkan yang lembut dan melindungi isteri. Ramai suami yang menganggap isteri sebagai hamba suruhan. Mereka dipukul sesuka hati. Tanpa belas kasihan. Mentang-mentanglah wanita ini seorang yang lemah. Ingatlah bahawa isteri juga manusia. Ciptaan Allah. Lagikan kepada binatang pun kita perlu belas kasihan, apa lagi kepada manusia. Nabi pernah menggambarkan wanita yang masuk neraka kerana menyiksa seekor kucing, apa lagi menyiksa seorang manusia.


Ketiga: Sombong

Sombong adalah salah satu sifat syaitan. Allah melaknat Iblis adalah karena kesombongannya. Allah Ta'ala berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 34 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir."

Tidak ada seorang mahlukpun yang berhak sombong, kerana kesombongan hanyalah hak mutlak Allah. Allah berfirman dalam hadits Qurdsi:

“Kesombongan adalah selendangku, siapa yang menandingi aku, akan aku masukkan neraka.”

Wanita adalah mahluk yang lembut. Kesombongan sangat bertentangan dengan kelembutan wanita. Oleh itu wanita yang normal tidak menyukai lelaki yang sombong.

Sayangnya dalam kehidupan seharian sering berlaku ramai suami yang merasakan hebat segalanya. Sehinggakan dia tidak mahu menganggap dan tidak mahu mengingati jasa isteri sama sekali. Bahkan dia tidak mahu mendengarkan pandangan si isteri. Ingatlah bahawa sang anak lahir juga kerana jasa kesabaran sang isteri. Sabar memikul kandungan selama sembilan bulan dan sabar menyusui selama dua tahun.


Keempat: Bersikap Tertutup

Nabi s.a.w. adalah contoh suami yang baik. Tidak ada dari sikap-sikap baginda yang tidak diketahui isterinya. Nabi sangat terbuka kepada isteri-isterinya. Bila hendak pergi dengan salah seorang isterinya, nabi melakukan undian, agar tidak menimbulkan rasa cemburu dari yang lain-lain. Bila nabi ingin mendatangi salah seorang isterinya, baginda meminta izin terlebih dahulu kepada yang lain. Perhatikan betapa Nabi sangat terbuka dalam melayani para isteri. Tidak seorangpun dari mereka yang merasa dizalimi. Tidak ada seorang dari mereka yang merasa diketepikan.



Kelima: Tidak Bertolak Ansur

Setiap wanita sangat mendambakan seorang suami yang mempunyai pendirian yang tegas. Tegas dalam erti mempunyai sikap dan alasan yang jelas dalam mengambil keputusan. Tetapi pada waktu yang sama dia berbincang terlebih dahulu, lalu menentukan tindakan yang harus dilakukan dengan penuh keyakinan. Inilah salah satu makna 'qawwam' dalam firman Allah di dalam surah Annisa' ayat 34 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. "



No comments:

Post a Comment