
Sedikit perkongsian selepas mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Prof. Dr Muhaya di radio IKIM.FM berkenaan pasangan kehidupan...
- Berhati-hati dengan godaan syaitan kerana syaitan sentiasa berusaha untuk menampakkan segala keindahan dan keelokkan pasangan apabila mereka sedang bercinta supaya segala-galanya nampak baik dan boleh menggalakkan perkara haram berlaku.
- Apabila mereka telah berkahwin pula, syaitan akan meneruskan usahanya untuk menampakkan segala perkara negatif dan tidak elok tentang pasangan kita dengan tujuan menimbulkan persengketaan yang boleh membawa kepada perpisahan.
- Maka tidak hairanlah mengapa ada pasangan boleh bercinta sehingga bertahun-tahun lamanya, tetapi apabila mereka berkahwin, tidak sampai setahun pun mereka boleh bercerai.
- Inilah usaha jahat syaitan untuk mengelirukan pemikiran umat Islam supaya mereka sentiasa berada dalam kesesatan.
- Teguhkan pandangan dan pemikiran kita supaya sentiasa selari dengan kehendak Al-Quran sebagai rujukan utama bagi umat Islam.
- Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada penulis dan semua yang membacanya.
Jazakaallah....
No comments:
Post a Comment