Pages

Tuesday, February 1, 2011

Pemakanan Yang Sihat


Sedikit perkongsian untuk pemakanan yang sihat. Perkongsian ini berdasarkan pengalaman dan sedikit pembacaan semata-mata. Sekadar Perkongsian...

1)Setkan minda untuk makan makanan yang berkhasiat sahaja.
2)Doa dengan penuh rasa syukur sebelum makan.
3)Nikmati makanan dengan mengunyah perlahan-lahan dan tenang.(jgn gelojoh atau tak sempat kunyah abis tp dh telan)
4)Setkan hidangan makanan dengan nasi+sayuran+ayam/daging/ikan. Peratusan kuantiti Nasi 60%, sayuran 25%, Lauk pauk 15%(Rujukan Pyramid makanan).
5)Selesaikan semua urusan harian dahulu sebelum makan supaya kita dapat makan dengan tenang. (Cth:Mandi, berus gigi, solat)
6)Duduk cara nabi ketika makan.
7)Makan guna tangan dan jilat jari sebaik sahaja selesai makan.
8)Jangan pandang ringan nasi yang bertaburan di luar pinggan apatah lagi yang berada di dalam pinggan. Makan sehingga pinggan betul-betul licin.
9)Jangan letak kuah banyak pada nasi. Biarkan nasi tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah.
10)Minum air 30 minit selepas makan.
11)Lakukan sedikit pergerakan fizikal selepas makan. (jgn tido selepas makan)
12)Jangan makan makanan segera sebab kandungan kalorinya tinggi. (M*D, K*C, Piz*a H*t dll)
13)Jangan bermewah-mewah dalam memilih makanan. Amalkan gaya pemakanan yang sederhana.
14)Yakinlah bahawa lapar dan kenyang itu datangnya dari Allah. Jadi jangan risau soal tidak cukup makan.
15)Dan yang paling penting, bersenamlah selalu untuk kecergasan minda dan fizikal.

*Sekian. Harap perkongsian ini dapat membantu kita untuk membina kehidupan yang berkualiti di dunia dan akhirat.


No comments:

Post a Comment