Pages

Saturday, August 7, 2010

Di mana silapnya...?

Kejadian kelahiran luar nikah kian menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini...Ini merupakan masalah yang amat serius melanda remaja hari ini khususnya melibatkan remaja Islam...Pelbagai kempen ataupun usaha telah dan sedang dilakukan pihak-pihak tertentu bagi membendung masalah ini. Antaranya ialah kempen "Kami Prihatin" yang disertai oleh puluhan selebriti, penyanyi, pelakon dan penyiar. Usaha ini mendapat penyertaan teramai anak seni dalam projek amal kemanusiaan. Tidak lupa juga idea penubuhan "Sekolah Pelajar Hamil" yang dilihat sebagai "penyelesaian terakhir" bagi membendung masalah ini...Mungkin idea penyelesaian ini dilihat "berkesan" oleh pihak yang mencadang...

Pandangan
Pada hakikatnya, saya berpandangan bahawa usaha-usaha di atas ini boleh dikategorikan sebagai tidak ke mana...Penyelesaian ini hanya berbentuk luaran dan bukanlah penyelesaian yang benar-benar berkesan...Sepatutnya, dalam menyelesaikan sesuatu masalah, kita seharusnya melihat kepada puncanya dahulu. Semua orang tahu yang kelahiran luar nikah ini terjadi akibat daripada perbuatan zina...Apa gunanya jika kita berkempen supaya jangan membuang bayi, tetapi bila soal pergaulan bebas, kita buat tak kisah...Sedangkan daripada pergaulan bebas inilah yang menyebabkan berlakunya zina sehingga melahirkan anak luar nikah...Usaha membanteras zina perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan isu ini...

Istilah Salah
Penggunaan istilah seks bebas perlu ditukar kepada zina...walaupun ianya membawa maksud yang sama pada dasarnya, tetapi pada hakikatnya ia membawa pengertian yang berbeza terutamanya kepada umat Islam...istilah seks bebas pada hari ini dianggap biasa dan menjadi gurauan dikalangan anak muda...mereka menganggap perlakuan ini adalah biasa dan tidak salah akibat pengaruh daripada barat...Dengan penukaran istilah ini, ia akan dapat menggerunkan manusia terhadap perbuatan zina ini terutamanya dikalangan remaja Islam...

Kempen Retorik
Jika dilihat pada "kempen signboard" yang berleluasa di kawasan masjid, pernah juga terlintas difikiran saya kenapa signboard tu mesti letak di masjid...ada ke orang yang buat maksiat di masjid..?bab-bab insaf ni semua nak letak di masjid ke..?sepatutnya signboard jauhi zina, dan sebagainya perlu diletakkan di kawasan bandar juga...ini kerana di kawasan begitulah selalunya menjadi sarang maksiat..."pengasingan kempen" ini seolah-olah memberi gambaran bahawa kat bandar boleh je nak buat apa-apa, tapi kalau nak insaf-insaf kat masjid la...

Sudah Terang Lagi Bersuluh
Setiap penyakit ada ubatnya, begitu juga dengan masalah...setiap masalah ada penyelesaiannya...konsep penyelesaiannya mudah tetapi sangat "liat" untuk dilaksanakan...contohnya, apabila kereta kita rosak, rujukan kita untuk nak baikinya sudah tentu pencipta kereta...pencipta kereta inilah orang yang paling tahu pasal kereta ini sebab dialah yang menciptanya...kerosakan ini pula akan dibaiki oleh mekanik iaitu orang yang belajar pasal kereta daripada pencipta kereta...masalah kerosakan kereta takkan selesai jika kita rujuk pada seorang doktor kerana soal kereta bukan bidangnya...begitu juga dengan masalah anak luar nikah ni...ini merupakan masalah umat manusia...dan yang mencipta umat manusia ialah Allah SWT....maka rujukannya sudah tentulah Al-Quran kerana ianya merupakan "manual" hidup manusia tanpa mengira agama ataupun bangsa...penyelesaian ini digerakkan oleh ulama' yang berperanan sebagai mekanik...pandangan daripada ulama' sangat penting untuk dijadikan titik rujukan...malangnya apabila pandangan ulama' diketepikan, amat mustahil masalah ini dapat diselesaikan...

Dalil
Antara dalil yang menunjukkan kewajipan melaksanakan Hukum Islam di dalam negara yang diperintah adalah: "Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling dari hukum Allah, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan dosa-dosa mereka" (al-Maidah:49)

Tepuk Dada Tanya Akal
Keinginan untuk kembali kepada hukum Allah ini perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan masalah umat...Walaupun soal perlaksanaannya dilihat masih jauh(pada hakikatnya terlewat), setidak-tidaknya kita harus yakin dan tetap berusaha untuk menjayakannya...janganlah kita menentang, mempersenda atau memperlekeh usaha-usaha untuk membawa hukum ini ke peringkat yang lebih tinggi kerana ianya dilihat seolah-olah tidak yakin dengan apa yang dah termaktub di dalam Al-Quran...Yakinlah 100% bahawa hukum Islam adalah hukuman yang paling adil, paling benar dan paling sempurna....Sekian...


*Teringin nak tengok penubuhan Agensi Anti Zina Kebangsaan (AAZK)
*Sekadar pandangan 9.48AM-7/8/10

No comments:

Post a Comment